Friday, 20 November 2015

My Sweet Housemate

Assalamualaikum semua .
semoga dirahmati oleh Allah S.W.T sentiasa :)
lama sungguh tak buat blog nih , rinduuuu nak bebel2 dlm entry nih . Halah halah over pulak .

cerita kali ni nak story pasal keletah housemate , pd yg dah merasa ada housemate tu tahulah asam garam kehidupan ada housemate nih . Bagi aku , tu pengalaman baru . Best wei ! kalau dkt rumah selalu yg memasak nya aku dan kak nad tp aku pulak sampai digelar "acah2 mak" dorang lah kononnya tapi housemate aku ade jugak yg masak . Kalau depa ada masalah kebanyakkannya share dgn aku lah smpai aku sekali kekadang ikot meleleh . Hahaha . Normal lah tu , jauh dr family . Disebabkan aku digelar mak dorang maka aku dah create dorang punya bapak sendiri , suka hati aku  je nak bg sape bapak acah2 dorang tu  . Haha . 

weyy lagi satu , pasal FANATIK KPOP , bende alah ni macam virus taw ,kalau sorg da minat kpop semua akan minat . Sama lah mcm situasi aku .


Meh nak share gambaq housemate aku yg comey lote .



okey , dari kiri tu haa 

*yang pendek kemetot comel tu nama dia HALIMATUN SAADIAH , aku panggil matun , dia housemate + roommate aku . Budak pendek ni kreatif ,biasalah time skola ambik bahagian interior designer , gila kau tak kreatif , haha . Budak ni gila KPOP beb , especially EXO , perabis semua ahli exo tu dia tahu . Kalau takde dia dlm bilik , wuuuu sunyi ! yang ni , aku create bapak konon2 dia tu Gary , alah yg dlm running man tu  Merepek btul . 

* yang pkai baju pink tu nama dia NADHILAH , aku panggil kak nad , Dia jgk housemate + room mate aku ,  dia ni pangkat kakak antara kami sebab tua setahun dr aku & dia ni ibarat snow white dekat rumah , punyalah putih melepak . hahah . kalau dekat rumah , dia nih jadi assistant time aku masak . haha , dia ni suka menggila , prihatin pulak tu . Dia ni gila lagu Rolly polly entah betul ke tak ejaan aku   , nanti mulalah joget2 .. Lawak btul . yang ni lak aku create bapak dia mario ape tah nama , lupa dah . Halah yg blakon dlm movie first love tuu , nama pi shone . hahaha . yg muka jambu tu :p

*yang sebelah tu yang asyk dok posing lebih tu nama dia ISNASIA DAYUWATI from Indonesia ! oversea kauuuu . dia ni pangkat adik dr kteorg sbb muda setahun . Yang ni suka sangat nyanyi lagu jawa , pastu bila bercakap mmg puitis abis , sampai aku pun tak larat nak melayan . Baik sgt dan suka menggila dia nih . Time kteorg borak2 mesti dia muka blur sbb tak faham . comel . bpak dia lak Randy Pangalila . Hahah , haa kauu , keren banget sih ! katanya aku nih " kok kamu mau yg ganteng2 aja sih "

*yang tinggi ala2 kwang soo tu nama dia NUR ATIKAH SAIDATUL UMMI , panggil ika . Dia ni housemate + room mate aku . Orangnya suka menggila , baik prihatin , eh jarang dia dpt pujiaan cm ni , kang dia baca , jd mngade pulak . btw aku syg dia . hahhahh , eiy geli . haa bapak dia pulak of course lah kwang soo , hahaah.

Yang sebelah ika tu ,aku lah ye -.-

*yang sebelah aku ni , SITI NUR ASYIKIN  , panggil ekin . Ha dia ni loghat terlebih sikit , melaka + kelantan , confuse kekadang aku  Kalau kelantan boleh lah go sbb ade keturunan melaka , hahah , suara dia nih comel sgt . Alahai halus sgttttt . hahahah , selalu kena ejek , bapak dia pulak atan , atan tu siapa ? biarlah rahsia . hahahah

*and the last one nama dia NUR ATIYAH AQILAH , panggil tia . Budak ni kaki jerit dekat rumah , kalau gabung dgn isna n ekin , confirm kacau bilau .hahahha , kalau takde dia ni , krik krik lah rumah sbb dia periang n positif orangnye . Haa dia ni lah punca kami serumah gila kpop , dia lah virus nye , ahhahah .  Bapak dia pulak kononya du jun yang leader group Beast korea tu  hahahah , actually nak letak suk jin yng running man tu tp dia reject pulak , hhahah ,



Alhamdulillah hubungan kami macam siblings , kami akan pertahan kan hubungan sampai bila2 . Honestly , aku sayang dorang gila tp malas lah nak gtaw dorg kang prasan lebih . hhahha . okaylah tu je nak story dekat entry kali ni ,pasal housemate trcinta !  ada masa aku story lagi yeeeeeee . bye2 ! anyeong !



lots of love ,

wana wiwien

Friday, 24 July 2015

ARTIKEL BERKENAAN DENGAN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah “suatu proses di mana seseorang atau beberapa orang, kelompok, organisasi, dan masyarakat menciptakan, dan menggunakan maklumat agar memudahkan untuk berhubung dengan  orang lain”.  Pada umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat persefahaman oleh kedua belah pihak.  Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami  oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan (bahasa tubuh) , menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu.Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal.
Sejarah komunikasi ialah   komunikasi atau communication berasal dari bahasa Latin  yang bererti ‘sama’. Communico, communicatio atau communicare yang bererti membuat sama (make to common). Secara tidak langsung,  komunikasi dapat terjadi apabila ada persamaan antara penyampaian maklumat  dan orang yang menerima maklumat .  Oleh sebab itu, komunikasi bergantung pada kemampuan kita untuk dapat memahami satu dengan yang lainnya (communication depends on our ability to understand one another).
Pada awalnya, komunikasi digunakan untuk mengungkapkan kegunaan organisasi . Manusia berkomunikasi untuk menambahkan  pengetahuan dan pengalaman. pada umumnya , komunikasi manusia termasuk bahasa tubuh , pertuturan , tulisan, gerakan, dan penyiaran.Komunikasi dapat melalui  interaktif, komunikasi transaktif  |transaktif, komunikasi bertujuan|bertujuan, atau komunikasi tak bertujuan|tak bertujuan.
Melalui komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain.Akan tetapi, komunikasi hanya akan efektif apabila maklumat  yang disampaikan dapat ditafsirkan sama oleh penerima maklumat tersebut.Walaupun komunikasi sudah dipelajari sejak lama dan termasuk “barang antik”, topik ini menjadi penting khususnya pada abad 20 kerana pertumbuhan komunikasi digambarkan sebagai “penemuan yang revolusional”, hal ini kerana peningkatan teknologi komunikasi yang pesat seperti radio.televisyen, telefon, satelit dan jaringan komuter seiring dengan industrialisasi bidang usaha yang besar dan politik yang menyeluruh.Komunikasi dalam peringkat akademik mungkin telah memiliki anggapan sendiri dimana komunikasi dibagi-bagi menjadi komunikasi masa, komunikasi bagi pembawa acara dan lainnya, namun tuntasnya akan tetap. Pekerjaan dalam komunikasi mencerminkan keseragaman komunikasi itu sendiri.
Komponen komunikasi adalah hal-hal yang harus ada agar komunikasi boleh berlangsung dengan baik. Menurut Laswell komponen-komponen komunikasi adalah:
*Pengirim atau komunikator (sender) adalah pihak yang mengirimkan pesan kepada pihak lain.
*Pesan (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada pihak lain.
*Saluran (channel) adalah media dimana pesan disampaikan kepada komunikasi tatap muka  saluran dapat berupa udara yang mengalirkan getaran nada/suara.
*Penerima atau komunikate (receiver) adalah pihak yang menerima pesan dari pihak lain
Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan pesan atas isi pesan yang disampaikannya.
Aturan yang disepakat  para komunikasi tentang bagaimana komunikasi itu akan dijalankan (“Protokol”)

Secara ringkas, proses berlangsungnya komunikasi bisa digambarkan seperti berikut. Komunikator (sender) yang bermaksud berkomunikasi dengan orang lain mengirimkan suatu pesan kepada orang yang dimaksud. Pesan yang disampaikan itu boleh  berupa informasi dalam bentuk bahasa ataupun melalui simbol-simbol yang boleh difahami oleh  kedua pihak. Pesan (message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran baik secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya secara langsung melalui telefon, surat, e-mail, atau media lainnya. Media (channel) alat yang menjadi penyampai pesan dari penyampai ke pengirim .
Pengirim (receiver) menerima pesan yang disampaikan dan menterjemahkan isi pesan yang diterimanya ke dalam bahasa yang difahami oleh pengirim  itu sendiri .Pengirim (receiver) memberikan tindak balas  (feedback) atau tanggapan atas pesan yang dikirimkan kepadanya, adakah dia mengerti atau memahami pesan yang dimaksud oleh si pengirim. Dari pelbagai model komunikasi yang sudah ada, di sini akan dibahas tiga model paling utama, serta akan dibincangkan pendekatan yang menyeluruh dan bagaimana komunikasi dikonseptualisasikan dalam perkembangannya.

 Model Komunikasi Linear ialah  model komunikasi ini dikemukakan oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun 1949 dalam buku The Mathematical of Communication. Mereka meringkas komunikasi sebagai proses linear kerana tertarik pada teknologi radio dan telefon  dan ingin mengembangkan suatu model yang dapat menjelaskan bagaimana informasi melalui berbagai saluran (channel).Hasilnya adalah konseptualisasi dari komunikasi linear (linear communication model). Pendekatan ini terdiri atas beberapa elemen utama ,  sumber (source), pesan (message) dan penerima (receiver). Model linear ialah seseorang itu hanyalah pengirim atau penerima. Tentu saja hal ini merupakan pandangan yang sangat sempit terhadap pengirim dan penerima  dalam proses komunikasi.
Model interaksional dikembangkan oleh Wilbur Schramm pada tahun 1954 yang menekankan pada proses komunikasi dua arah di antara para komunikator.Dengan kata lain, komunikasi berlangsung dua arah: dari pengirim dan kepada penerima dan dari penerima kepada pengirim. Proses kitaran  ini menunjukkan bahwa komunikasi selalu berlangsung.  Para peserta komunikasi menurut model interaksi adalah orang-orang yang mengembangkan potensi kemanusiaannya  melalui interaksi sosial . Patut dicatat bahawa model ini menempatkan sumber dan penerima mempunyai kedudukan yang sedarjat.  Satu elemen yang penting bagi model interkasional adalah tindak balas (feedback), atau tanggapan terhadap suatu pesan.

Model komunikasi transaksional dikembangkan oleh Barnlund pada tahun 1970. Model in terdir daripada i pengiriman dan penerimaan pesan yang berlangsung secara terus-menerus dalam sebuah episod komunikasi. Komunikasi bersifat transaksional adalah proses kooperatif: pengirim dan penerima sama-sama bertanggungjawab terhadap dampak dan efektif  komunikasi yang terjadi. Model transaksional ialah  apbila  saat kita terus-menerus mengirimkan dan menerima pesan, kita berurusan baik dengan elemen verbal dan nonverbal. Dengan kata lain, peserta komunikasi (komunikator) melalukan proses pelbagai i makna.

Faktor yang mempengaruhi komunikasi diantaranya latar belakang budaya, interpretasi suatu pesan akan terbentuk dari pola fikiran seseorang melalui kebiasaannya, sehingga semakin sama latar belakang budaya antara komunikator dengan komunikan maka komunikasi semakin efektif, ikatan kelompok atau group   dan  nilai-nilai yang diamalkan  oleh suatu kelompok sangat mempengaruhi cara mngenal pasti pesanan .

Harapan mempengaruhi penerimaan pesan sehingga dapat menerima pesan sesuai dengan yang diharapkan .

Dahulu orang lebih mudah memberikan definisi tentang ilmu daripada sekarang. Dulu defenisi ilmu bergantung pada sistem filsafat yang diamalkannya . Sekarang ilmu memperoleh kedudukan  yang bebas dan tersendiri .  Definisi ilmu tidak lagi berdasarkan dan dilihat dari filsafatnya, melainkan berdasarkan pada apa yang dilaksanakan oleh ilmu tersebut, serta metologinya.  Akhir sekali , komunikasi ini penting bagi kehidupan seharian antara melalui penyampaian maklumat , sosialasi dan alat kawalan . 

Friday, 26 June 2015

Apabila Bercinta / Berkahwin dengan Askar/ Tentera

Assalamualaikum semua :) 
Lame dah tak buka blog ni , kesian blog diabaikan . Hehe :p
Busy dengan belajar semua kan . 

ni lah muka sekarang . Alhamdulillah berjaya menternak lemak sampai pipi pun jadi pau . Haha . 
....................................................................
okay lupakan ! 
sekarang fokus pd tajuk kita hari ni .
Kebanyakkan orang ckp bila kawen atau brcinta dgn askar ni kebanyakan askar ni sweet , bagi ayat pun manis mcm ayaq gula . Haha . TAPI ! tu sesetengah je . ade jugak askar yg tegas tp ade mase2 je dapat manje dgn dia . Haa yg ni yg kekadang makan hati . 
Bila berhubungan dengan askar ni satu yg kau kena tahu iaitu askar ni kerja tak tentu masa , mcm aku , kekadang dpt contact seminggu dua tiga kali je sbb busy but its okay sbb kita kena faham yang dia kerja semua . Kdg ade sesetengah perempuan ni tak reti faham kerja askar sampai maki dkt laman sosaial pasal bf dia yg askar tu takde mse untuk dia . Well  kau nak bercinta sgt dengan askar ni kena pandai2 lah faham keadaan dia semua . Kekadang kan , dia tu nak sgt contact kita setiap masa tapi disebabkan tugas , dia terpaksa berkorban so korg pun kena lah mcm tu . Aku ni bukan jenis yang memandai tp aku da rse pengalaman cmtu . Hehe . 

PANDUAN UNTUK JAGA HATI PASANGAN :
  • SENTIASA FAHAM AKAN TUGAS DIA 
  • JANGAN BUAT DIA TERTEKAN ATAU KAU MEMAKSA DIA
  • TERLAMPAU KONGKONG JADI "QUEEN CONTROL"
  • SENTIASA BAGI LAYANAN YANG BAIK 
  • BERKONGSI MASALAH
Itu jelah yang aku boleh kongsikan dengan korg , sbb aku ni pun bercinta dengan askar jugak dan insha allah akan berkekalan :) 
doa2kan ye semua . okay sampai disini sahaja lah . 
yang baik itu datang dr allah s.w.t , yang buruk itu datang dr saya sendiri . Thanks sbb sudi membaca entry yang tak seberapa ni :D 

                                                         wana wiwien